Wednesday, March 16, 2005

SHEIKH FADHIL BANTEN

PENYEBAR WIRID KHAUJAKAN DI JOHOR

APABILA riwayat Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar tersiar dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia, penulis menerima panggilan daripada beberapa orang di Muar, antaranya Cikgu Haji Muhammad. Beliau menyatakan bahawa sezaman dengan ulama Muar itu ada lagi beberapa ulama yang sangat besar pengaruhnya dalam bidang kerohanian di kerajaan Johor, iaitu Syeikh Kiyai Haji Fadhil bin Haji Abu Bakar al-Banten. Daripada hasil wawancara, sebuah buku berjudul Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, susunan Ustaz Haji Ahmad Tunggal diterbitkan oleh Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan Johor Darul Takzim, serta beberapa catatan. Maka ulama berasal dari Banten yang menaburkan baktinya di Johor dapat diperkenalkan. Beliau lahir di Banten, Jawa Barat sekitar tahun 1287 Hijrah/1870 Masihi dan meninggal dunia di Bakri, Muar, Johor pada 29 Jamadilawal 1369 Hijrah/18 Mac 1950 Masihi, dikebumikan di Batu 28 Langa, Muar.Sebelum riwayat ini diteruskan, dirasakan perlu menjelaskan nama `Banten' kerana ada orang memperkata bahawa ulama yang diceritakan ini berasal dari `Bentan'. Hal ini terjadi hanyalah kerana ada orang yang tidak dapat membezakan antara Banten dengan Bentan. Banten, kadang-kadang disebut juga dengan Bantan, kadang-kadang Bantam. Banten pada zaman dulu mempunyai kerajaan sendiri. Setelah Indonesia merdeka ia dimasukkan ke dalam Propinsi Jawa Barat dan setelah reformasi, menjadi propinsi sendiri yang dinamakan Propinsi Banten.Ada pun Bentan adalah sebuah pulau di Kepulauan Riau, yang kedua terbesar sesudah Pulau Natuna. Bentan sangat penting dalam sejarah dan geografi, sama ada zaman kerajaan Melaka mahu pun zaman pembentukan kerajaan Riau-Lingga-Johor dan Pahang dan takluknya, zaman Riau-Johor dan terakhir sekali menjadi Riau-Lingga.Ulama yang dikisahkan ini berasal dari Banten bukan dari Bentan. Banten memang ramai melahirkan ulama yang terkenal, antara yang terkenal di seluruh dunia Islam ialah Syeikh Nawawi al-Bantani yang diakui oleh dunia Islam dengan gelar Imam Nawawi ats-Tsani (Imam Nawawi yang ke-2). Sedang dari Bentan hingga kini belum diketahui nama ulamanya, yang ada hanyalah ulama Riau yang berasal dari pulau-pulau lainnya. Antara ulama Riau yang mengajar di Mekah peringkat guru pada Fadhil ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga .
PENDIDIKAN
Selain mendapat pendidikan dari kalangan keluarga sendiri, Fadhil juga memasuki pelbagai pondok pengajian di Banten. Sekitar usia tiga puluhan, barulah beliau melanjutkan pendidikannya di Mekah. Sewaktu masih berada di Banten lagi, Fadhil telah mengenal beberapa thariqat yang berada di Banten, antaranya ialah Thariqat Qadiriyah yang tersebar di seluruh Jawa yang dibawa oleh murid-murid Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas (lahir 1217 Hijrah/ 1802 Masihi, wafat 1289 Hijrah/1872 Masihi). Salah seorang khalifahnya yang paling terkenal, yang berasal dari Banten ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani (wafat 18 Safar 1315 Hijrah/19 Julai 1897 Masihi). Thariqat Naqsyabandiyah yang tersebar di Banten juga berasal daripada ulama Sambas tersebut melalui Syeikh Abdul Karim al-Bantani. Oleh itu dipercayai bahawa Fadhil telah ditawajjuh dengan kedua-dua thariqat tersebut oleh Syeikh Abdul Karim al-Bantani, ulama Banten yang sangat terkenal itu. Setelah berada di Mekah, Fadhil menerima pula Thariqat Tijaniyah, walau bagaimana pun tidak jelas daripada siapa beliau menerima thariqat itu. Selain belajar, di Mekah beliau membantu saudara sepupunya Hajah Halimah mengurus jemaah haji.
DATANG KE JOHOR
Penghulu Mukim Langa bernama Haji Daud sangat tertarik pada keperibadian, keilmuan dan kerohanian yang ada pada Fadhil, maka penghulu itu berusaha memujuk ulama yang berasal dari Banten ini supaya datang ke Johor. Akhirnya hasrat Daud tercapai juga. Maka dalam tahun 1915 Masihi, Fadhil Banten sampai di Johor. Beliau mengajar di Kampung Langa, Muar. Selain pelbagai ilmu Islam yang asas seperti fardu ain, Fadhil lebih menekankan Wirid Khaujakan atau Khatam Khaujakan yang sangat terkenal dalam ajaran Thariqat Qadiriyah dan Thariqat Naqsyabandiyah.Fadhil melebarkan sayap dakwahnya bukan hanya di Kampung Langa tetapi juga termasuk dalam Bandar Maharani (Muar), Bakri, Bukit Kepong dan tempat-tempat lainnya. Pendek kata banyak surau dan masjid yang menjadi tempat beliau mengajar. Ajaran beliau dapat diterima oleh semua pihak termasuk Sultan Johor.
SULTAN JOHOR PERLU PERTOLONGAN
Perang dunia kedua meletus antara tahun 1939 hingga tahun 1945. Dalam masa darurat itulah Sultan Ibrahim, Sultan Johor merasa perlu menyelamatkan Kerajaan Johor, termasuk diri peribadi dan keluarganya dengan apa cara sekali pun. Atas nasihat beberapa insan yang arif, baginda mendekati seorang ulama sufi yang sangat mustajab doanya. Ulama yang dimaksudkan Syeikh Fadhil. Beliau tidak perlu didatangkan dari luar kerana beliau memang telah bermustautin di Johor. Baginda menitahkan Datuk Othman Buang, Pegawai Daerah Muar ketika itu untuk mencari dan menjemput ulama sufi itu datang ke istana baginda. Hajat Sultan Ibrahim itu dipersetujui oleh Syeikh Fadhil, namun walaupun sultan telah menyediakan sebuah rumah dekat dengan istana di Pasir Pelangi tetapi beliau lebih suka tinggal di Masjid Pasir Pelangi. Pada waktu malam beliau hadir di sebelah bilik peraduan Sultan Ibrahim membaca wirid untuk menjaga keselamatan sultan. Walau bagaimana pun untuk lebih mudah melakukan pelbagai amalan wirid dan munajat kepada Allah, beliau memilih masjid yang lebih banyak berkatnya dari rumah. Oleh itu Fadhil lebih banyak melakukannya di dalam masjid.
Akhirnya Sultan Ibrahim memperoleh ketenangan jiwa kerana keberkesanan dan keberkatan doa Syeikh Fadhil. Selanjutnya perang dunia kedua selesai dan baginda memberikan anugerah kepada ulama sufi tersebut. Ustaz Haji Ahmad Tunggal dalam bukunya menyebut, ``Sultan telah menganugerahkan pangkat kepada Haji Fadhil, iaitu ia dilantik sebagai Mufti Peribadi Sultan. Jawatan ini berbeza dengan Mufti Kerajaan. Mufti Peribadi adalah bertanggungjawab kepada sultan. Ia memberi nasihat dan fatwa jika dikehendaki oleh sultan.''Selain anugerah yang berupa kedudukan itu, Sultan Ibrahim juga membiayai Fadhil dan isterinya menunaikan ibadah haji, dan memberikan hadiah-hadiah yang tidak terkira besar dan banyaknya. Sumbangan yang tiada terhingga besarnya kepada Sultan Ibrahim ialah beliau telah membuka pintu kebebasan seluas-luasnya kepada Kiyai Syeikh Fadhil untuk menubuhkan kumpulan-kumpulan Wirid Khaujakan di seluruh Kerajaan Johor tanpa sebarang halangan. Berdasarkan tulisan Ustaz Haji Ahmad Tunggal, peringkat awal pembentukan kumpulan tersebut di Pontian diketuai oleh Haji Ahmad Syah. Di Batu Pahat oleh Kiyai Saleh. Di Muar oleh Haji Abdul Majid dan di Mersing oleh Haji Siraj bin Marzuki.
KETURUNAN DAN MURID
Daripada isteri yang pertama, Syeikh Fadhil memperoleh empat orang anak; seorang lelaki dan tiga perempuan. Anak lelakinya ialah Orang Kaya Penghulu Haji Abdul Hamid. Setelah isteri pertamanya meninggal dunia, beliau pindah ke Bandar Muar dan berkahwin lagi dengan seorang janda beranak dua. Kedua-duanya ialah Haji Othman bin Haji Azhari dan Haji Ali bin Haji Azhari yang meneruskan perjuangan Syeikh Fadhil. Antara murid Syeikh Fadhil ialah Sahibus Samahah Haji Ahmad Awang yang pernah menjadi Mufti Kerajaan Johor. Murid dan anak tirinya, Haji Othman Azhari, dalam buku Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya, pada tahun 1994 adalah sebagai Yang Dipertua Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan, dan ramai lagi. Daripada buku Amalan Wirid Khaujakan dan Huraiannya oleh Ustaz Ahmad Tunggal yang memperoleh pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir itu banyak perkara yang dapat kita ketahui. Antaranya bahawa terasasnya Badan Kebajikan Jamaah Khaujakan yang sangat meluas di seluruh Johor adalah bermula daripada Syeikh Fadhil. Amalan Wirid Khaujakan masih subur dan berkesinambungan di Johor seperti juga di beberapa tempat lain di seluruh dunia Islam.Pada pandangan penulis, walaupun ada golongan anti amalan sufi yang menuduh bahawa orang-orang sufi mengamalkan perkara-perkara bidaah dan khurafat, tuduhan melulu seperti itu tidak berasas sama sekali kerana Wirid Khaujakan dan beberapa amalan golongan sufi selainnya juga bersumberkan al- Quran dan as-sunah. Mereka yang beramal dengannya bukan terdiri daripada golongan awam saja tetapi juga termasuk ulama-ulama besar terkenal yang mampu membahas al-Quran dan hadis. Ia bukan diamalkan oleh orang-orang di dunia Melayu sahaja tetapi juga di tempat-tempat dalam belahan dunia. Penulis tidak sependapat dengan beberapa pandangan yang menuduh bahawa apabila beramal mengikut sufi mengakibatkan ketinggalan dalam membina kemajuan duniawi, kerana ternyata tidak sedikit golongan sufi yang menghasilkan karya, mencetuskan pemikiran yang bernas maju, menghasilkan sesuatu pemikiran baru pada setiap zaman dan lain-lain. Kebijakan Sultan Ibrahim yang memahami keadaan zaman darurat menghadapi huru-hara perang dunia kedua yang sukar diatasi dalam bentuk zahiri semata-mata, sehingga baginda memerlukan insan takwa seperti Syeikh Fadhil, patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kita masa kini dan zaman-zaman yang akan datang. Setelah kita mengetahui dalam dunia sekarang bahawa nyawa seolah-olah tiada harganya, situasi dunia yang tiada ketentuannya, termasuk dunia Melayu juga, maka patutlah umat Islam Melayu memperbanyak zikir, wirid, selawat dan lain-lain sejenisnya demi kebaikan dan ketahanan diri Muslimin dan dunia Melayu sejagat.

46 Comments:

Blogger Adamkamarul said...

Alhamdulillah saya menemui sedikit sebanyak matlumat mengenai Allahyarham Tuan Guru Sheikh Fadhil Banten. Saya ingin mendapatkan sekiranya ada matlumat yang lengkap lagi . Saya juga telah mengambil beberapa amalan melalui guru saya Tn. Abu bin Darsan yang merupakan anak murid termuda kepada Tn Guru Kiyai Salleh Panglima yang merupakan murid kepada Tn Guru Sheih Fadhil Banten.

Sila hubungi saya di email adamkamarul@yahoo.com

8:52 PM  
Blogger signorino said...

Assalammualaikum Adam,

Saudara telah berguru dgn anak murid kiyai Salleh yg termuda iaitu Tuan Abu Bin Darsan. Adakah beliau juga dikenali sebagai Imam Ahmad? Di mana beliau berada sekarang?

Ada lagi cerita untuk dibincang.

Sekian, wassalam.

Ariff

8:00 PM  
Blogger Kaki Bangku said...

Saya ingin tahu lanjut hubungan Kiyai Fadhil Banten dengan tariqat Tijaniyah. Ada apa-apa info? Di mana zawiyah tariqat Tijaniyah di Muar?

8:27 AM  
Blogger PAK YAHU said...

ABU DARSAN SUDAH KEMBALI. TANGGUNGJAWAB MENGAJAR DI AMANAHKAN PULA KEPADA ARIFIN BIN ALI.ARIFIN BIN ALI SUDAHPUN MELANTIK PENGGANTINYA.

9:07 AM  
Blogger Neo said...

Selepas Tn Guru Abu kembali kepada hidup kekal..ada sedikit kemusykilan pada penggantinya.

3:38 AM  
Blogger Neo said...

This comment has been removed by the author.

3:40 AM  
Blogger ronggowarsito1 said...

boleh dpt maklumat pasal abu bin darsan? ada sesiapa yg tahu mengenai riwayat hidupnya..kerana dlm novel panglima salleh tak ada di sebut mana beliau..

1:23 AM  
Blogger PAK YAHU said...

SIAPA YANG BERSAMA BAPAK ABU DARSAN KETIKA DIA HAMPIR KEMBALI AKAN TAHU PENGGANTINYA.WALAU BARU BERTEMU BAPAK ABU DARSAN,ARIFIN BIN ALI TELAH DINYATAKAN SEBAGAI PENGGANTI UNTUK TERUS MENGAJAR.MUNGKIN ANDA BOLEH MERUJUK KEPADA AYAH CHIK ATAU ABANG CHIK.

1:50 PM  
Blogger PAK YAHU said...

ANAK MURID KIYAI SALEH PANGLIMA BIN KARIM RATA2 SUDAH BERUSIA DAN YANG PALING MUDA IALAH ABU DARSAN.DALAM AMUKAN DI BATU PAHAT DI KHABARKAN ABU DARSAN TURUT BERSAMA TETAPI TIDAK DINYATAKAN NAMANYA. DIALAH YG DIAMANAHKAN UNTUK TERUS MENGAJAR SELEPAS KIYAI SALEH KEMBALI

1:56 PM  
Blogger sajak sufi said...

Salam, Ustaz Ahmad tun ggal yg dimaksudkan pernahkan mengajar di sms Muar sekitar tahun 1980an.

8:29 AM  
Blogger albinnas said...

salam neo, apa yang musykilnya pada pengganti pak guru abu bin darsan tu? email sy; albinnas@yohoo.com

10:02 AM  
Blogger albinnas said...

salam pak yahu, cmna sy nk berjumpa dgn abg chik. pak yahu tau ke dimana abg chik berada skrng ni? email saya: albinnas@yahoo.com

3:08 AM  
Blogger albinnas said...

salam pak yahu, cmna sy nk berjumpa dgn abg chik. pak yahu tau ke dimana abg chik berada skrng ni? email saya: albinnas@yahoo.com

3:09 AM  
Blogger FakePlasticTrees said...

Salam..
tumpang tanya ye..
salah sorang murid Tuan Guru Abu Darsan, Ayah Chik atau Abang Chik, adakah nama sebenar dia Chik Me b Awang Cah?

kalau tak silap, Chik Me juga salah sorang yg diwaris kan utk terus mengajar..

3:16 PM  
Blogger FakePlasticTrees said...

Salam..
tumpang tanya ye..
salah sorang murid Tuan Guru Abu Darsan, Ayah Chik atau Abang Chik, adakah nama sebenar dia Chik Me b Awang Cah?

kalau tak silap, Chik Me juga salah sorang yg diwaris kan utk terus mengajar..

3:17 PM  
Blogger Pak Tam Manjung said...

Ayah Ariffin Ali telah kembali kerahmatullah kira-2 3 bulan yg lepas, dan kini pengajiannya telah disambung oleh Kekanda Ali yg kini tinggal di Pekan Darat, Sg Dua,Penang.

6:56 PM  
Blogger albinnas said...

salam paktam pekbr? manjung umah kt mana?

12:15 AM  
Blogger ADI said...

assalam....
salam kenal buat saudara2 di malaysia. saya adi dari aceh. boleh tanya, AYAH PIN ( ARIFIN BIN ALI ) SEKARANG DIMANA? ( maksudnya setelah kembali )

8:20 AM  
Blogger sayang_127 said...

adakah kamu semua kenal siapa itu abu abas dekenali abot...dia salah seorang penganti tuan guru abu bin darsan..dia salah seorang anak murid tuan guru abu yang paling beliau jaga..kerana dia sangup mengorban kan duniawai semata-mata untuk mempelajari ilmu akhirat...setelah belajar dengan tuan guru abu...dia telah menjadi salah seorang pemimpin yg tidak di kenali ramai...sebab dia tak nak anak murid nya menyalah guna kan ilmu yang dipelajari...dia juga setaraf dengan anak murid tuan guru abu yang lain...dan dia anak murid yang paling muda yang menjadi pemimpin...umur nya 53...contoh anak murud tuan guru yang terkenal ialah abot,che me,pak aji man,abang chik..mereka adalah adik beradik seperguruan...abot tidak mengejar nama atau pun harta yang penting kata dia pesan tuan guru abu "tak dapat buat banyak buat cikit pon jadi lah"...nak selamat dunia dan akhirat ingat lah allah s.w.t...sekali kita ingat allah s.w.t sepulu kali allah s.w.t ingat kita...sekati kita lupa ingat allah s.w.t seribu kali allah s.w.t lupa kita..jadi renung-renung kan lah...pesan tuan guru abu buat keje banyak-banyak

7:03 AM  
Blogger FakePlasticLife® said...

salam sayang_127..

nak tanya skit ttg comment sayang_127.. Abot nie pengganti Tok Abu Darsan ke? maksud di situ, adakah abot ni di beri kebenaran utk talkin murid baru?

di manakah abot sekarang?

8:11 PM  
Blogger albinnas said...

salam, salam sayang_ 127. anda tinggal dimana?

5:40 PM  
Blogger rahsia said...

YA BENAR ABOT ITU SALAH SATU ANAK MURID TUAN GURU ABU BIN DARSAN..DIA SEKARANG BERADA DI SELANGOR...SELANGOR ADALAH BAWAN PIMPINAN BELIAU...JIKA INGIN MENGENALI BELIAU DENGAN LEBIH DEKAT....TANYA LAH GURU ANDA SEKARANG...SIAPA ABOT...DAN DIA BERADA DI MANA...ABOT ADALAH ANAK MURID YG TAAT KEPADA ALLAH S.W.T..ITU DAH CUKUP ...KAMU JADI LAH SEPERTI NABI IBRAHIM A.S...BAGINDA MENCARI TUHAN D MERATA TEMPAT..DAN AKHIRNYA JUMPA...KALAU KAMU BENAR2 INGIN CARI TUHAN..KAMU TIADA ALASAN ...KAMU CARI LAH GURU YG BENAR2 BOLEH JADI GURU...DAN TAAT LAH PADA YG 1........TUAN GURU ABU BIN DARSAN BERPESAN INGAT ALLAH S.W.T BANYAK2....

8:31 AM  
Blogger albinnas said...

salam rahsia. ana mau tanya sama anta siapa yang memberi kebenaran kepada abot untuk memberi talqin? apakah ini ada udang disebalik batu besar???

3:06 AM  
Blogger Manggis said...

Asalamualkum semua..saya nasir dari n9 saya pernah menjadi anak murit Tuan Guru Pak Abu (Abu bin Darsan) yang tinggal kat lubok puyu kuantan,saya mula mengaji dgn beliau pada tahun 1986 hingga sekarang..

8:43 AM  
Blogger FakePlasticLife® said...

salam buat Rahsia..

adakah Abot di beri kebenaran utk Talqin??
di mana saya boleh berjumpa dgn Abot?

7:40 PM  
Blogger indonesia said...

salam kepada semua...
bole saya tanya sayang 127 macam mana kamu kenal abot???
abot duduk dimana sekarang??
abot adek beradik seberguru sama saya.....
kami dulu kawan saya,abot,maidin,abg hashim,abang haji,
pak abu memang suka berkhias..
abot pernah duduk serumah dengan pak abu paling lama..
dia memang rapat dengan pak abu..
abot orang susah..
tapi dia kaya dengan ilmu yang diturun kn oleh pak abu..
abot pernah dikata kn orang gila..
tetapi dia tak gila..sebab dia pernah lari seminggu sebelom kahwin semata-mata berjumpa pak abu..dia berhenti kerja semasa pangkat nya tnggi semata-mata berjumpa pak abu...
banyak dia telah korban kn semata-mata hendak belajar ilmu yg pak abu jalan kn..
abot pernah ditegur oleh pak abu akibat kemarahan dia buat sendiri..
tetapi abot kena tegur akibat hendak menyebelahi pak abu ketika pak abu sakit dahulu..
cuba tanya abang chik dia pernah tak menziarahi pak abu ketika pak abu sakit...
ketika itu rumah pak abu dengan rumah abang chik hampir...
saya x pernah nampak abang chik ketika pak abu sakit..
yang saya ingat yg saya jumpa...maidin ,abot,che me,ayah pin,abang hasim ,abg sabri,beberapa anak murid nya dari kedah,johor..
kalau x silap saya abot anak murid nya yg dari selangor..
dah lama x dengar cerita dia..
adakah kamu semua tahu d mana abot tggl sekarang..

9:08 AM  
Blogger FakePlasticLife® said...

Salam..

Masih belum dapat jawapan lagi.. adakah Abot yg dimaksudkan nie diberi kebenaran utk talkin murid baru? kalau iya, dimana Abot sekarang? sy ingin nakber jumpa..

7:34 PM  
Blogger HakikatKu said...

Saya kenal En Abut atau nama sebenarnya Abu Abas bin Jauhari. Setahu saya pada dua kali penemuan, Eb Abut tidak pernah talqin murid. Setiap kali ada orang baru beliau akan bawa bertemu dengan Haji atau Cikgu atau Abang Man di Kuantan (ia kot) Pahang. Jadi persoalan kebenaran untuk beliau talqinkan tidak timbul. Sesiapa yang ingin kenali lebih lanjut En Abut yang sekarang ini free lance boleh hubungi saya untuk dapatkan nombor HPnya.

3:37 AM  
Blogger phairisabdul said...

aslmkum; siapa tahu abot tinggal di mana dan no tel baru nya..wassalam

5:50 AM  
Blogger FakePlasticLife® said...

Kalau x silap abot tinggal di kota damansara seksyen 7.. Saya xda no telefon abot, tp ada kat sini yg tahu mcm mana nak contact abot..

Sorry, x dpt tolong dgn lebih lanjut..

9:28 AM  
Blogger durratun sue said...

salam saudara2 sealiran dgnku.
harapanku pada saudara2 sekelian teruskanlah perjalanan yg sedia ada i2 terlebih baik hndknya moga2 kita semua syafaat...

7:01 AM  
Blogger al-zayd said...

Asalammualaikum saudara saudari,
Alhamdulillah dapat juga kita bertemu didalam blog ini. Terima kaseh Tuan Blog. Saya juga salah seorang murid Allhayarham Tuan Guru Abu Darsan/ Ahmad Ikhlas. Semasa hidup beliau ramai yang buat silap sampai lupa kepada beliau, kifarah mereka bapak yang tanggung. Ibarat ranting lupa kepada perdunya itulah keluar dari mulut bapak ketika bersarapan bersama bapak.Paling tidak saya lupa ketika Bapak sakit, disihir olih muridnya sendiri. Berjaga jam satu pagi sehingga jam enam pagi, melihat Bapak sakit. Takperlu kita cerita siapa yang melawat dan merawat Bapak tapi pengorbanan GURU/BAPAK yang mengenalkan nyawa kita sudahkah kita balas? Bukan dengan wang ringgit tapi mentauhid ZAT ALLAH, SIFAT ALLAH, ASMAK ALLAH, AFFAAL ALLAH, sudahkah kita lakukan ibarat esok kita akan kembali. Sudah tiada gunanya kita bertelagah, kita sendiri tahu siapa diri kita dan dimana kita sekarang ini.Bapak pernah suruh berhenti dari mentalkinkan murid, berhenti segera, kerana wasilah telah terputus, Bapak pernah memberitahu kalau "dia" mentalkinkan murid maka murid itu tanggungjawab "dia". Bapak tidak akan menerima kifarah yang dilakukan olih "dia" dan muridnya.
Soal mentalkin ini saya ketahui hanya ada tiga orang sahaja, CHE ME,AYAH MAN DAN DI JOHOR SEORANG LAGI. Kepada anak-anak Bapak yang masih tidak mengerti pengorbanan Bapaknya sendiri, sedar lah dan bertaubat bukan dunia yang fana ini kita kejar. Saya mohon maaf kerana menyingung hati semua INSAN. Wassalam.

12:08 AM  
Blogger Jack Daniel said...

This comment has been removed by the author.

2:43 PM  
Blogger Jack Daniel said...

@Fake, Arwah Ayah Chik, namanya Ibrahim bin Awang

2:47 PM  
Blogger Aazrul Fazly said...

ya betul nama ayah chik ibrahim bin awang..tak perlu persoalkan kenapa saat2 akhir tuan guru abu bin darsan hidup ayah chik xpergi melawat..diorg ada rahsia guru dengan guru yg kita tidak ketahui..saya sala seorg anak murid ayah chik dan dia pernah ceritakan mengapa..

8:17 AM  
Blogger death_grunge (ABDUL RAHIM BIN MOOSA) said...

assalamualaikum...mcm mana dgn ayah rashid?...ada yg kenal...ada tk yg diberi kebenaran utk talkin murid di kedah?

4:37 AM  
Blogger death_grunge (ABDUL RAHIM BIN MOOSA) said...

assalamualaikum...mcm mana dgn ayah rashid?...ada yg kenal...ada tk yg diberi kebenaran utk talkin murid di kedah?

4:38 AM  
Blogger noors0ne said...

Assalamualaikom Semua saya Deraman dari Pulau Pinang, saya anak murid Ayah ariffin bin Ali, berkesempatan bertemu Pak Abu serta tahu akan kisahnya. saya sempat bertemu, AYah MAn tahun 2012 dan sekarang berumur lingkungan 98 tahun menetap di endau mersing.Penganti Ayah Ariffin adalah Ali Siffuddin. saya sempat ,menziarahi Abg. Sharif menantu Pak ABu di Tg Karang SELANGOR,dan ketemu pula dengan Abg Abot 6 tahun lepas alamat terakhir beliau Di Rumah Flat dikawasan perusahaan.di KOTA DAMANSARA. saya cuba hubungi beliau sebentar tadi tapi no. tel sudah bertukar. esok saya pasti ke kota damansara untuk melawa beliau. dengar kabar Che me menetap bersama beliau. wallahualam. inshallah

7:10 AM  
Blogger muhd zharif said...

Paktam manjung kalau tak keberatan ap no fon tuan..sy nk blajar dgn guru ali..ini no fon sy..0134213038..:)

12:07 PM  
Blogger SKUNK DUCK said...

Assalamualaikum ada sape2 kenal sheikh harun dari pulau pinang?

2:28 PM  
Blogger kamaruzaman ahmad said...

Pak Abu Darsan adalah guru hakikat. Bukan guru tareqat. Guru Haqeqat tidak akan melantik penggantinya krn ganti bagi guru haqeqat adalah dilantik oleh Tuhan sendiri (ladunni). Kalau ada yg sekelian tahu itu hanyalah wakilnya dan bukan ganti. Guru haqeqat wajib tahu usul, usuludin, usul tahkik, usul tawhid, usul ma'rifah barulah ma'rifah. Hanya murid yg ma'rifah sahaja boleh mengganti guru ma'rifah. Hanya mereka saja yg boleh mentalkin krn mereka adalah fatihah itu sendiri.
Sesungguhnya ganti bagi Pak Abu adalah Al arifbillah Allahyarham Ayahanda Ibrahim b. Awang (Bang Chik)Seri Damai. Yang lain hanyalah wakil Pak sahaja. I

5:08 AM  
Blogger Pijan said...

This comment has been removed by the author.

7:21 AM  
Blogger Pijan said...

Mcm mana nak hubungi beliau

8:02 AM  
Blogger sani abdullah said...

Salam saudara,Ayh Chik yg duduk kat Kuantan ke yg dimaksudkan?

9:41 PM  
Blogger Shariff, G Mohsein said...

- Mungkin komen sy ini tak berguna langsung ttp setahu sy, sebelum Meninggal nya Pak ; semuanya telah dilucutkan jawatan dan hanya ada seorg Wakil sahaja yg diterima pakai (Pak sendiri yg melantik dan disaksikan oleh anak murid yg lama) dan perkara ini dirahsiakn terus supaya ada kesinambungannya bertujuan agar anak murid semuanya bermuzaqarah terus...

10:41 PM  
Blogger kamaruzaman ahmad said...

Kenapa masih x faham. Pak Abu x akan melantik penggantinya krn beliau adalah guru Hakikat dan bukan tariqat. Guru tariqat akan melantik khalifah penggantinya sebelum meninggal, tetapi guru haqiqat adalah Khalifah pengganti ALLAH diatas mukabumi. Beliau tidak akan melantik penggantinya. (pernah ditanya tentang mereka yg mengaku penggantinya. Jawab Pak Abu, dah mereka hendak maksudnya jawatan pengganti tersebut). Ganti Pak Abu wajib naik seperti mana isra' Rasulallah tetapi bagi awliya dipanggil Ladunni. Tanyalah kpd yg mengaku pengganti Pak dan suruh mereka huraikan sedikit saja tengtang usul, usuluddin, usul tahqiq, usul tauhid dan usul ma'rifah (baru usul, belum ma'rifah pun lagi). Nak mengenal Tuhan dan menjadi Khalifah pengganti, perlu tahu dr Tuhan itu sendiri. Kalau dr guru, hanyalah seqadar usulludin (Tauhid) Bukan krn Gurur haqiqat tidak tahu, tetapi Beliau tidak akan mengajar kpd org yg bukan ahli ma'rifah. Di zaman Rasulallah hanya ada 10 org sahabat yg dijamin syurga semasa hidup. Mereka ini adalah 10 sahabat yg mendapat ilmu ma'rifah secara tidak langsung dr Baginda. Kalau Jibrail (guru Rasulallah)pun tidak dpt naik... sebenarnya jibril boleh naik, cuma pakaian guru yg x boleh dibawa naik. Brg siapa yg dilantik oleh Pak, hanyalah sekadar wakilnya, itupun krn mereka mahu. Kemana mrk hendak bawa murid mereka sedang Tuhanpun mereka belum kenal. Tuhan mereka adalah Tuhan Pak Abu, krn mereka bergantung dgn Pak, bukan Tuhan mereka sendiri. Kemana mereka hendak bawa murid2 mereka? Sebab itu Pak x pernah melantik Ayah Chik (Ibrahim bin Awang) sebagai pengganti dari mulut beliau sendiri krn jubah guru sudah tertanggal semasa wakilnya dilantik. Kalau para pengganti Pak boleh kupas 5 usul tadi, bolehlah belajar dgnnya. Ingat...usul, usuluddin, usul tahqiq, usul Tauhid, usul ma'rifah (masih belum ma'rifahpun lagi).

1:16 AM  

Post a Comment

<< Home